tag:blogger.com,1999:blog-29187534085793285632024-03-12T20:23:35.839-07:00PERMATA @ MediaPERMATA JPMhttp://www.blogger.com/profile/08582059835859870460noreply@blogger.comBlogger80125tag:blogger.com,1999:blog-2918753408579328563.post-31305161102295158822011-05-15T18:54:00.000-07:002011-05-19T18:57:40.083-07:00Rosmah tawar pelajar Qatar sertai Program Permata Seni

DOHA 15 Mei - Qatar diundang menyertai Festival Seni Antarabangsa Kanak-Kanak yang julung kali diadakan di Malaysia di bawah program Permata Seni pada Disember ini.

Undangan itu disampaikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kepada Menteri Pelajaran dan Pendidikan Tinggi Qatar Saad Ibrahim Al-Mahmoud pada satu majlis di sini.

"Kanak-Kanak Qatar boleh mempersembahkan bakat mereka dalam bidang seni tari, muzik dan koir," katanya kepada pemberita Malaysia hari ini.

Rosmah, yang juga penaung Program Permata Negara, berkata pihaknya menawarkan dua tempat kepada pelajar Qatar bagi menyertai kem Permata Pintar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Beliau yang mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan rasmi dua hari ke Qatar, mempunyai acara berasingan hari ini dan melawat pameran "The 3rd National Research Fair Programme" dengan diiringi Saad.

Pameran itu bertujuan mencungkil bakat kanak-kanak berusia lingkungan tujuh hingga 18 tahun dalam bidang penyelidikan.

Pada majlis itu, Rosmah turut diberi taklimat mengenai sistem pembangunan dan pendidikan kanak-kanak di Qatar oleh Pengarah Institut Pelajaran, Majlis Tertinggi Pelajaran Qatar Sabah Al-Haidoos. — BERNAMAPERMATA JPMhttp://www.blogger.com/profile/08582059835859870460noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2918753408579328563.post-88919569028795869622011-05-08T18:56:00.000-07:002011-05-19T18:57:20.665-07:00Taska Permata Keluarga YPKT ke-32 dirasmi

Ahmad Said beramah mesra dengan kanak-kanak semasa merasmikan Taska Permata Keluarga Teluk Ketapang di Seberang Takir Kuala Terenganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 8 Mei - Taska Permata Keluarga Teluk Ketapang di sini yang pembinaannya dibiayai oleh Golden Pharos Berhad (GPB) dirasmikan pembukaannya oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said hari ini.

Ia merupakan Taska Permata Keluarga ke-32 daripada keseluruhan 66 buah taska kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) beroperasi dalam usaha membantu menyempurnakan proses perkembangan awal kanak-kanak.

Pengerusi GPB, Datuk Zubir Embong berkata, ia sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat anak syarikat kerajaan negeri sebagai sokongan kepada inisiatif pendidikan prasekolah kelolaan YPKT.

Menurut beliau, sebanyak RM500,000 diperuntukkan untuk pembinaan taska itu dan ia mula dibuka kepada orang ramai pada 1 Mac 2009.

"Keunikan taska ini ialah dari segi reka bentuknya kerana ia menggabungkan ciri-ciri kesenian Terengganu termasuk pada panel kaca seni binaan, pintu kayu dan kekuda kayu," katanya pada majlis perasmian taska berkenaan.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman; ADUN Kuala Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri serta Pengarah YPKT, Mohd. Shafaruddin Mustaffa.

Pada majlis itu, Ahmad turut menyampaikan cek berjumlah RM21,400 kepada 2,114 penerima dari Dewan Undangan Negeri Seberang Takir sebagai bantuan untuk membeli pakaian sekolah.

Sementara itu, Ahmad ketika berucap pada majlis tersebut berkata, Taska Permata Keluarga mempunyai beberapa keistimewaan berbanding taska lain termasuk program hafazan dan program-program melibatkan ibu bapa.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang YPKT berkata, taska itu juga menggunakan kaedah pembelajaran secara interaktif yang dibangunkan dengan kerjasama Top IT Industries Sdn. Bhd.PERMATA JPMhttp://www.blogger.com/profile/08582059835859870460noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2918753408579328563.post-55020729726508332582011-04-13T18:57:00.000-07:002011-05-19T18:58:24.546-07:00Minat belajar dipupuk pada usia awal kanak-kanak

PETALING JAYA 12 April - Mewujudkan asas kukuh untuk kanak-kanak belajar dan membina kemampuan meneruskan pembelajaran sepanjang hayat amat penting bagi menentukan mereka terus menjadi aset kepada negara.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, semua pihak perlu memulakannya dengan membina asas yang betul untuk menjadikan generasi akan datang mempunyai minat mendalam untuk belajar.

Menurut beliau, kewajipan membina asas pembelajaran sepanjang hayat tidak hanya dipikul oleh kerajaan malah dikongsi bersama pihak sekolah, keluarga, komuniti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta.

Sehubungan itu, Rosmah memetik kata-kata Mahatma Gandhi, "Hidup seolah-olah kamu akan mati esok dan belajar seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya".

"Saya percaya itu adalah falsafah yang betul untuk membina negara yang bersifat intelektual, berbudaya dan bertamadun spiritual," katanya pada Sidang Kemuncak Pendidikan Malaysia 2011 Ke-15 anjuran Institut Kajian Strategi dan Kepimpinan (Asli) di sini hari ini.

Rosmah ketika menyampaikan ucaptama 'Memupuk Fikiran Kanak-kanak - Membina Asas Untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat' berkata, asas penting untuk pembelajaran sepanjang hayat ialah berkemampuan untuk belajar, meninggalkan tabiat lama, belajar semula serta mempunyai motivasi bagi mendapatkan pengetahuan dan kemahiran baru.

Beliau berkata, ia hanya akan tercapai dengan kebolehan membaca, mengira, mempunyai kemahiran dalam teknologi maklumat, mencari maklumat, memberi alasan, menyelesaikan masalah, menguasai bahasa asing, bersemangat keusahawanan dan berminat untuk belajar.

Kesemua kemahiran ini ujarnya, mesti dipupuk pada usia awal kanak-kanak.

"Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk berinteraksi dengan alam sekitar, dibenarkan mencari pengetahuan baru dan nilai-nilai berdasarkan pengalaman konkrit supaya mereka dapat membina kemahiran berfikir," ujarnya.

Pembelajaran sepanjang hayat kata Rosmah, amat diperlukan hari ini bagi membolehkan kita mengikuti perkembangan dan perubahan teknologi yang berlaku dengan pantas.

Beliau menambah, pembelajaran sepanjang hayat turut menjadi komponen penting dalam mengatasi dan menyelesaikan isu-isu utama global seperti masalah buta huruf, kesihatan, mengurangkan kemiskinan, masalah sosial, mengekalkan pembangunan dan memartabatkan kuasa wanita.PERMATA JPMhttp://www.blogger.com/profile/08582059835859870460noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2918753408579328563.post-58083228252678434372011-03-23T18:52:00.000-07:002011-05-19T18:53:44.718-07:00Rosmah bimbang trend remaja bermasalah

ROSMAH Mansor menerima Anugerah Doktor Kehormat Inovasi Pembangunan Modal Insan yang disampaikan oleh Naib Canselor Universiti LimKokWing, Sultanah Kalsom Abdullah di universiti itu di Cyberjaya, semalam.

CYBERJAYA 22 Mac - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melahirkan kebimbangannya terhadap trend peningkatan golongan remaja bermasalah yang mungkin tersisih daripada pembangunan negara.

Menurutnya, pembabitan golongan itu dalam aktiviti tidak bermoral hanya akan menyebabkan mereka terpaksa melalui kehidupan yang sukar kerana ketinggalan.

Beliau berkata, sebagai aset negara, golongan terbabit seharusnya dilengkapkan dengan ilmu pelajaran, kemahiran bakat dalam bidang tertentu dan sikap yang baik untuk meneruskan kehidupan.

''Apabila mereka terlibat dalam dadah atau perbuatan jenayah, saya khuatir mereka akan terus ketinggalan daripada arus pembangunan, menjadi nakal dan tidak mempunyai masa depan,'' ujarnya.

Rosmah berkata demikian ketika berucap selepas dianugerahkan Doktor Kehormat Inovasi bagi Pembangunan Kapasiti Insan daripada Universiti LimKokWing oleh Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom yang juga Naib Canselor universiti tersebut di sini hari ini.

Menurutnya, mereka yang terbabit dengan gejala sosial, dengan mudah boleh dipengaruhi dan asyik dengan aktiviti berisiko serta berlumba secara haram atau digelar mat rempit.

Hadir sama ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Presiden Universiti LimKokWing, Tan Sri Lim Kok Wing.

Dalam pada itu Rosmah berkata, Permata Negara dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menganjurkan kem selama dua bulan untuk membantu golongan remaja memperkasakan diri, lebih berkemahiran, bertanggungjawab serta memupuk kesedaran diri.

PERMATA JPMhttp://www.blogger.com/profile/08582059835859870460noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2918753408579328563.post-46172473210016374512011-03-10T18:54:00.000-08:002011-05-19T18:54:34.367-07:00Yayasan Permata dilancar dengan dana permulaan RM4.4j

10/03/2011 4:04pm

BANGI 10 Mac - Program Permata, yang memberi fokus kepada pembangunan dan pendidikan kanak-kanak, hari ini melangkah setapak lagi ke hadapan dengan penubuhan Yayasan Permata dengan modal permulaan sebanyak RM4.4 juta.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Penaung Permata berkata, dengan penubuhan yayasan itu, semua program-program Permata yang dimulakan sejak 2007 iaitu Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni dan Permata Insan diharap dapat dilaksana dengan lebih terancang dan tersusun di bawah naungan satu yayasan, tanpa bergantung sepenuhnya kepada pembiayaan kerajaan.

Beliau berkata, dana itu juga mungkin akan disalurkan dalam bentuk biasiswa pendidikan kepada pelajar Permata Pintar yang terpilih.

"Saya percaya masih banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan untuk kepentingan kanak-kanak di negara kita, dan dengan adanya dana yang mencukupi, bolehlah kita merancang program-program yang baik untuk kanak-kanak,” katanya semasa majlis pelancaran Yayasan Permata di Kompleks Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini. - BernamaPERMATA JPMhttp://www.blogger.com/profile/08582059835859870460noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2918753408579328563.post-41415534362108142922011-02-20T20:23:00.000-08:002011-03-09T20:24:57.444-08:00Rosmah penerima pertama anugerah dari Bandaraya AnkaraANKARA 20 Feb. - Duta Besar Malaysia ke Turki, Datuk Saipul Anuar Abdul Muin berkata, Anugerah Tanggungjawab Sosial dari Bandaraya Ankara kepada Datin Seri Rosmah Mansor merupakan anugerah pertama diberikan kepada seorang kenamaan asing.

Beliau berkata, anugerah sulung itu diberikan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa di Ankara, yang akan disampaikan kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu Selasa ini, merupakan pengiktirafan antarabangsa terhadap usaha Rosmah yang berterusan dan tidak mengenal penat bagi membantu golongan muda dan mereka yang memerlukan.

"Usaha beliau dilihat bukan sahaja bagi memperkasakan wanita Malaysia, tetapi juga di atas perhatiannya termasuk dalam pembangunan modal insan dan pendidikan awal kanak-kanak di bawah pelbagai program yang dilaksanakan di bawah program Permata Negara, termasuk program Permata Insan yang bermatlamat ke arah melahirkan inteletual Islam yang cemerlang," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Saipul Anuar berkata, kedutaannya berasa tersentuh dengan keputusan yang dibuat oleh Greater Ankara Municipality bagi memberikan anugerah itu kepada Rosmah.

Di Kuala Lumpur, Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (NCWO) bangga dengan Rosmah yang merupakan penerima anugerah Tun Fatimah dari pertubuhan itu pada 2007 diberikan pengiktirafan antarabangsa.

Dalam satu kenyataannya, Presiden NCWO, Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shabuddin berkata, anugerah itu mencerminkan kekaguman atas usaha beliau yang tidak mengenal penat dalam menangani isu-isu sosial dan menggalakkan pembangunan optimum berhubung potensi kanak-kanak dan belia". - BERNAMAPERMATA JPMhttp://www.blogger.com/profile/08582059835859870460noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2918753408579328563.post-3038695707409550162011-02-16T18:29:00.000-08:002011-03-07T18:31:01.270-08:00Bukan Melayu digalak mohon tenaga pengajar Pusat Anak Permata NegaraIPOH 16 Feb. - Masyarakat Cina dan India yang berminat dengan pendidikan awal kanak-kanak digalakkan memohon menjadi tenaga pengajar Pusat Anak Permata Negara (PAPN) bagi memenuhi keperluan operasi pusat berkenaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie berkata, langkah itu bertujuan meningkatkan komunikasi, integrasi budaya serta toleransi di kalangan masyarakat majmuk memandangkan penyertaan bukan Melayu kurang daripada 10 peratus ketika ini.

"Misalnya di kawasan Felda yang banyak didiami orang Melayu, kita berharap dapat menghantar guru daripada kaum lain supaya anak kita dapat didedahkan dengan budaya berbeza.

"Lagipun, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kita berharap melalui peranan pendidik pelbagai bangsa, nilai hidup masyarakat majmuk dapat diterapkan sejak pendidikan awal kanak-kanak lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas lawatan Badan Amal dan Usaha Isteri-Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional Perak (Baiduri) ke PAPN Bercham di sini hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Baiduri, Datin Seri Saripah Zulkifli yang juga isteri kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Pada majlis tersebut, Baiduri menyampaikan sumbangan buah limau dan angpau kepada 31 kanak-kanak pelbagai bangsa di PAPN tersebut.

Dalam pada itu, Seai Kie berkata, pengambilan tenaga pengajar PAPN terbuka kepada mereka yang mempunyai ijazah sarjana muda, diploma mahupun tamat pengajian tingkatan enam.

Menurut beliau, bagi tujuan latihan, pihak Permata telah melantik Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai agensi penyedia latihan mulai tahun lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Saripah berkata, terdapat lima PAPN yang beroperasi di negeri ini iaitu di Bercham, Felda Besout, Pulau Pangkor, Teluk Intan dan Parit Buntar.

Beliau berkata, melalui inisiatif kerajaan negeri, 10 taska di tempat kerja mengguna pakai modul Permata akan ditubuhkan di pejabat-pejabat tanah dan daerah termasuk di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

"Terdapat juga 23 buah Taska Permata Kemas di sekitar negeri Perak termasuk sebuah Taska Perpaduan di Taiping mengikuti modul Permata terutamanya bagi anak-anak golongan ibu tunggal dan berpendapatan rendah," katanya.

Selain itu, beliau turut memuji usaha PAPN Bercham yang disifatkannya menepati konsep 1Malaysia kerana menawarkan kelas bahasa Mandarin kepada anak-anak Melayu bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan rakan-rakan bukan Melayu.PERMATA JPMhttp://www.blogger.com/profile/08582059835859870460noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2918753408579328563.post-46554001403067290562011-02-14T20:26:00.000-08:002011-03-09T20:27:18.032-08:00Belia perlu kikis sikap lewa - Rosmah

ROSMAH Mansor beramah mesra dengan sebahagian 29 orang peserta pada majlis penutup Program Kem Perkasa Remaja Siri 2 (Felda) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, semalam. Turut sama Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin (kiri) dan Dzulkifli Abd. Wahab (tiga dari kiri).

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Para belia perlu mengikis sikap sambil lewa dan acuh tak acuh untuk memastikan kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi mereka.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sehubungan itu, menasihatkan golongan muda supaya menguasai kemahiran tertentu agar dapat mengenal potensi untuk bersaing dalam arus pembangunan yang semakin mencabar.

"Belia perlu mengikis sikap acuh tidak acuh dan tidak bersungguh-sungguh kerana jika sesuatu perkara dilaksanakan dengan tekun serta disusuli komitmen tinggi, maka mereka akan menjadi semakin mahir dengan bidang tersebut.

"Hasil yang diperoleh pula, pasti akan mempunyai nilai dan kualiti yang tinggi serta dihargai oleh masyarakat,'' katanya ketika berucap menutup Kem Perkasa Remaja Siri Kedua di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dekat sini hari ini.

Turut hadir, Naib Canselor UKM, Profesor Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin dan Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab.

Kem itu disertai seramai 29 remaja Felda dari Kedah, Johor dan Kelantan, yang berjaya menamatkan kursus bermula 28 Oktober hingga 31 Disember tahun lalu.

Sepanjang tempoh pelaksanaannya, peserta terbabit yang kebanyakannya tidak bersekolah dan terdedah kepada gejala sosial diberikan peluang untuk mengikuti modul Pusat Pemerkasaan Remaja UKM.

Rosmah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar Permata Negara turut mengingatkan golongan belia bahawa negara memerlukan sumbangan mereka untuk meneruskan kegemilangan.

"Setiap kejayaan perlukan perjuangan dan hanya keberanian dan semangat waja yang dapat menangkis cabaran mendatang," katanya.PERMATA JPMhttp://www.blogger.com/profile/08582059835859870460noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2918753408579328563.post-68966896933094649082011-02-12T20:25:00.000-08:002011-03-09T20:26:01.159-08:00Pengasuh perlu mahir lakukan bantuan kecemasan

ROSMAH Mansor beramah-mesra dengan sebahagian penonton program Apa Kata Wanita terbitan RTM1 di Wisma Angkasapuri, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Pengasuh di pusat penjagaan kanak-kanak perlu memahirkan diri dengan aspek bantuan kecemasan agar mampu menjaga keselamatan golongan yang dijaga dan mengelak berlakunya kecelakaan.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, antara aspek yang perlu diberi perhatian adalah bantuan pemulihan pernafasan dan jantung (CPR) kerana ia mampu menyelamatkan nyawa seseorang.

"Baru-baru ini saya terbaca di akhbar mengenai kejadian kanak-kanak meninggal dunia akibat tercekik susu. Kita tidak mahu ia berlaku lagi," katanya ketika ditemubual dalam program Apa Kata Wanita terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Angkasapuri hari ini.

Katanya, selain pengasuh di pusat jagaan, ibu bapa dan guru juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran berkenaan untuk keselamatan orang di sekeliling mereka.

Sementara itu beliau berkata, kanak-kanak yang berusia empat tahun ke bawah perlu diberi perhatian yang sewajarnya kerana peringkat umur tersebut penting dalam membentuk minda anak-anak.

"Perkara ini harus dipandang serius kerana kita bukan sahaja mahu menumpukan kepada pembangunan negara malah kepada pembangunan modal insan.

Menurut Rosmah, ibu bapa perlu memberi perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak supaya nasib mereka tidak terabai.

"Terdapat kes di luar negara di mana kanak-kanak mengalami tekanan perasaan dan membunuh diri kerana ibu bapa terlalu mengejar kebendaan sehingga lupa kepada anak-anak. Kita perlu pandang serius isu ini kerana tidak mahu ia berlaku di negara ini," katanya.

Sementara itu, Rosmah yang merupakan Penaung Program Permata Negara memberitahu, sebanyak 600 pusat Permata ditubuhkan di negara ini yang diharap dapat membantu ibu bapa berpendapatan rendah mendapatkan pendidikan yang sempurna buat anak-anak mereka.

"Objektif utama ditubuhkan pusat ini adalah untuk memberi pendidikan secara menyeluruh kepada kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah dan ia mendapat reaksi positif daripada ibu bapa.

"Di pusat tersebut, kanak-kanak dapat belajar mengenai Sains dan Matematik dalam persekitaran yang kondusif serta sesuai untuk pembelajaran mereka," jelasnya.PERMATA JPMhttp://www.blogger.com/profile/08582059835859870460noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2918753408579328563.post-7880733837864640762011-02-08T18:28:00.000-08:002011-03-07T18:29:43.813-08:00Beri anak-anak pendidikan awalMIRI 8 Feb. - Ibu bapa perlu memberi penekanan terhadap kepentingan peranan pendidikan awal anak-anak dalam usaha menyediakan mereka untuk memasuki pendidikan formal kelak.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Datin Fatimah Abdullah berkata, kanak-kanak berusia antara empat hingga lima tahun mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi dan mahu menerokai perkara baru.

''Kanak-kanak pada tahap ini sentiasa mahu tahu dan teruja dengan perkara baru malah mereka juga mudah menerima dan meniru apa yang dilakukan orang dewasa.

''Justeru kita perlu membimbing dan mendidik mereka dengan sewajarnya kerana proses pembelajaran perlu dimulakan ketika ini," katanya sewaktu melawat kelas Tabika Perpaduan Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Bandar Baru Permyjaya, di sini semalam.

Sehubungan itu, Fatimah yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (MPPAK) berkata, ibu bapa harus menyediakan persekitaran kondusif bagi membolehkan anak-anak mereka melalui proses pembelajaran yang sempurna.

Dalam erti kata lain katanya, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari persekitarannya merupakan satu pendidikan bagi mereka.

''Justeru kanak-kanak perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal lagi dan di sinilah ibu bapa dan guru-guru tadika memainkan peranan dalam mencorak masa depan mereka," ujarnya.

Sementara itu, Tabika RPR Bandar Baru Permyjaya terletak di salah sebuah skim perumahan yang terbesar di Sarawak dengan menempatkan kira-kira 360 kanak-kanak.

Tabika tersebut mengendalikan 11 bilik kelas yang beroperasi dengan sepuluh daripadanya beroperasi pada sebelah pagi manakala satu lagi pada sebelah petang.PERMATA JPMhttp://www.blogger.com/profile/08582059835859870460noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2918753408579328563.post-66322793331971383322011-01-04T18:27:00.000-08:002011-03-07T18:28:07.789-08:00Program Permata Pintar UKM 17 Januari iniKUALA LUMPUR 4 Jan. - Seramai 139 pelajar pintar tingkatan empat menjadi kumpulan pertama terpilih menyertai Program Pendidikan Menengah Tinggi Permata Pintar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula 17 Januari ini.

Penaung Program Permata Pintar Negara, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, daripada jumlah itu seramai 115 telah bersetuju mengikuti program itu yang terdiri daripada 71 pelajar lelaki dan 44 pelajar perempuan.

Menurutnya, 23 pelajar lagi belum memberi jawapan dipercayai kerana ibu bapa ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai yuran bagi memasuki sekolah itu.

Jelasnya, pelajar berkenaan dipilih menerusi tiga ujian saringan iaitu Ujian Permata Pintar UKM1, Ujian Permata Pintar UKM2 dan Ujian UKM3 (Ujian Kompetensi Matematik dan Sains).

"Insya-Allah apabila pelajar ini diberi tempat dan surat tawaran, jangan risau mengenai pembayaran yuran," katanya selepas melawat tapak sekolah itu di UKM, Bangi hari ini.

Menurutnya, beliau akan berikhtiar dan berunding dengan pihak tertentu terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berminat dengan pelaksanaan sekolah itu.

"Kita akan mendapat jawapan dan cara bagi mengatasi kanak-kanak atau keluarga yang tidak mampu menghantar anak-anak pintar ke sini," katanya.

Jelasnya, untuk peringkat awal, para pelajar akan ditempatkan di Kolej Zaaba sehingga kolej kediaman Pusat Permata Pintar Negara UKM siap sepenuhnya kelak.

Rosmah turut memberitahu, para guru yang bakal mengikuti program Permata Pintar Negara mula menjalani latihan sejak pertengahan November lalu yang dikendalikan oleh Universiti of New South Wales, Australia.

Rosmah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Dasar Permata Negara berkata, walaupun program tersebut berbentuk sekolah asrama penuh dengan bantuan kerajaan, tetapi ia mempunyai autonomi sendiri dalam prinsip pelaksanaannya.

Menurutnya, jadual pembelajaran bagi fasa pertama itu tetap sama dengan sekolah biasa iaitu dari pukul 8 pagi hingga 4.30 petang.

Jelasnya, terdapat enam komponen yang ditampilkan dalam program Permata Pintar iaitu akademik, bahasa komunikasi antarabangsa, projek saintifik, portfolio penilaian, kokurikulum dan pembinaan jati diri.PERMATA JPMhttp://www.blogger.com/profile/08582059835859870460noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2918753408579328563.post-26035004461993835912010-11-30T18:25:00.000-08:002011-03-07T18:27:00.640-08:00Program jaga gigi di PermataPUTRAJAYA 30 Nov. - Program penjagaan awal kesihatan pergigian kanak-kanak akan dilaksanakan di semua Pusat Permata Negara di seluruh negara mulai tahun depan.

Program yang akan dilaksanakan di 600 buah pusat membabitkan seramai 24,000 orang kanak-kanak itu bertujuan memastikan amalan kesihatan pergigian yang baik dipraktikkan di peringkat awal usia.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, program bertemakan 'Tidak Terlalu Awal' itu membabitkan usaha sama antara Kementerian Kesihatan dan Pusat Permata Negara.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Program Permata Negara berkata, program tersebut dimasukkan dalam kurikulum kesihatan Pusat Permata Negara yang akan diserapkan dalam silibus Kursus Asas Pengasuh Kanak-Kanak Permata.

"Aspek penjagaan gigi berkait rapat dengan pendidikan awal untuk menerapkan tabiat baik serta membentuk sikap positif kepada penjagaan kesihatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Program Penjagaan Awal Kesihatan Pergigian Kanak-Kanak Dalam Program Permata Negara, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Rosmah turut merasakan idea menyerapkan program itu ke dalam Permata amat bertepatan kerana ia merupakan satu program asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang holistik.

Kajian epidemiologi kesihatan pergigian pada 2005 mendapati seramai 76.2 peratus kanak-kanak berumur lima tahun mengalami masalah karies gigi atau gigi berlubang.

Kajian juga mendapati secara purata setiap seorang kanak-kanak mempunyai enam batang gigi berlubang.

Permasalahan itu, kata Rosmah, amat membimbangkan kerana ia mempunyai impak negatif seperti kesakitan yang turut mengganggu fungsi pemakanan dan menjejaskan pertumbuhan kanak-kanak secara keseluruhan.

Ketika ini program penjagaan kesihatan pergigian kanak-kanak telah dilaksanakan di dua taska kerajaan iaitu Tadika Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Tadika Perpaduan.

Sementara itu, Tiong Lai dalam ucapannya berkata, melalui program tersebut, kaedah pencegahan dan mengenal pasti penyakit gigi di peringkat awal dapat dilakukan.

"Para guru dan pengasuh taska merupakan golongan yang memainkan peranan penting dalam perkara ini, justeru penglibatan dan perkongsian tanggungjawab antara pengasuh dan pasukan pergigian memberi faedah besar kepada kanak-kanak," katanya.PERMATA JPMhttp://www.blogger.com/profile/08582059835859870460noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2918753408579328563.post-67853201670016244172010-11-20T18:24:00.000-08:002011-03-07T18:25:49.617-08:00Jennifer Garner gesa kanak-kanak miskin diberi pendidikanWASHINGTON 20 Nov. - Pelakon Jennifer Garner menggesa kerajaan Amerika Syarikat (AS) menyediakan kehidupan berkualiti dan pendidikan untuk kanak-kanak miskin di negara ini, selain melaksanakan program aktiviti fizikal dan pemakanan.

Garner yang merupakan duta badan amal Save The Children yang membuat gesaan itu kepada Jawatankuasa Kecil Senat AS berkata, persekitaran yang berkualiti dan pendidikan untuk kanak-kanak adalah sama penting dengan memberikan mereka makanan.

"Bagi saya, membacakan mereka buku, menyanyikan mereka lagu dan bermain dengan mereka sangat penting.

"Bagaimanapun, jika anda adalah seorang daripada berjuta-juta keluarga AS yang bergelut dengan krisis kemelesetan dan kemiskinan, anda hanya memikirkan untuk memberikan mereka makanan dan pakaian," kata Garner.

Pelakon berusia 38 tahun itu berkata demikian ketika menghadiri Persidangan Jawatankuasa Kecil Senat berhubung Kanak-kanak dan Keluarga di Bangunan Pejabat Senat Dirksen di Washington, semalam.

Menurut badan amal itu, Garner dan Superitendan Mason County, Suzanne Dickens turut menyertai sidang media di Ashton, hari ini.

Save The Children menawarkan pendidikan awal, mengenal huruf, aktiviti fizikal dan program pemakanan kepada kanak-kanak.

Menurut badan amal itu, program-program yang mereka jalankan pada tahun ini melibatkan lebih 70,000 kanak-kanak di negara ini. - AGENSIPERMATA JPMhttp://www.blogger.com/profile/08582059835859870460noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2918753408579328563.post-44331282260936646562010-11-16T00:11:00.000-08:002010-12-02T00:12:06.809-08:004 Pusat Anak Permata Negara di PahangMARAN 15 Nov. - Empat Pusat Anak Permata Negara (PAPN) akan dibina di negeri ini bagi memberi pendidikan awal kanak-kanak dalam melahirkan generasi pintar pada masa akan datang.

Ketua Penolong Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Mohd. Zamri Mat Isa berkata, pihaknya telah mengenal pasti tiga daerah bakal didirikan pusat itu dengan peruntukan RM2 juta sebuah.

Setakat ini, menurut beliau, dua PAPN telah beroperasi iaitu di Felda Chini, Pekan dan Felda Mempaga, Bentong yang menjadi model kepada keberkesanan program pendidikan pintar itu.

"Pusat itu yang merupakan cetusan idea isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor semakin mendapat sambutan ibu bapa kerana anak-anak mereka akan diasuh oleh tenaga profesional.

"Justeru, peruntukan yang diberikan pada Bajet 2011 akan membolehkan lebih banyak pusat itu dibina di seluruh negara dengan sasaran satu Parlimen satu PAPN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan PAPN Parlimen Maran di sini hari ini.

Mohd. Zamri berkata, program Permata menawarkan satu alternatif dalam asuhan dan didikan awal kanak-kanak di bawah umur lima tahun kepada rakyat apabila pendekatan itu berjaya dilaksanakan di negara maju.

Tambahnya, program itu berupaya merangsang perkembangan intelek, kognitif dan komunikasi kanak-kanak serta meningkatkan kestabilan emosi mereka.

"Di samping itu, program Permata dapat merangsang minda untuk meneroka sesuatu yang baru dan mencuba serta menyelami melalui permainan disediakan pengasuh bertaraf profesional," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Muttalib berkata, usaha tersebut sangat baik dan perlu disokong kerana cara pendekatan itu mampu mendidik generasi baru mengenai nilai-nilai murni, bersyukur dan menjadi aset dalam meneruskan kecemerlangan negara.PERMATA JPMhttp://www.blogger.com/profile/08582059835859870460noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2918753408579328563.post-27465673359228693462010-11-10T00:10:00.000-08:002010-12-02T00:11:07.174-08:00Pendidikan awal pelaburan terbaik negaraKUALA LUMPUR 9 Nov. - Pembangunan dalam aspek pendidikan awal kanak-kanak berusia bawah lima tahun merupakan kaedah paling efektif untuk mengurangkan jurang kemiskinan rakyat dan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, pendidikan pada usia muda merupakan asas untuk membentuk kualiti dan karismatik seseorang apabila meningkat ke usia dewasa kelak.

Menurut beliau, ini kerana sejak dari kecil kanak-kanak akan didedahkan dengan cabaran semasa dan akan datang menerusi sistem pembelajaran yang berkesan.

"Laporan Bank Dunia pada 2006 mengenai pembangunan aspek pendidikan kanak-kanak merumuskan bahawa sejak lahir sehingga usia enam tahun merupakan masa yang terbaik untuk pembinaan modal insan.

"Kanak-kanak yang dididik sedari awal pastinya bukan sekadar mampu meghadapi cabaran yang berlaku pada masa sekarang tetapi juga pada masa hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan kit panduan Bagaimana Untuk Menyediakan Pusat Penjagaan Kanak-kanak di Tempat Kerja, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Azmi Ariffin dan Wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNICEF) ke Malaysia dan Wakil Khas ke Brunei Darussalam, Hans Olsen.

Kit panduan itu merupakan dokumen yang akan melengkapkan Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik (BBPC) 1/2010 berkaitan pengekalan dan kebajikan kanak-kanak dalam persekitaran korporat yang dilancarkan pada 28 Januari lalu.

Pekeliling dan kit panduan itu menyentuh tentang garis panduan dan syarat-syarat penubuhan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja oleh majikan swasta.

Menurut Rosmah, dalam proses penyediaan pusat penjagaan kanak-kanak di pejabat, setiap majikan perlu menitikberatkan aspek keselamatan dan keperluan menyediakan tenaga pengajar yang berkualiti supaya dapat membentuk tahap potensi maksimum dalam diri kanak-kanak.

"Untuk mencapai tahap terbaik dalam mencungkil potensi kanak-kanak, setiap aktiviti dan kurikulum yang disediakan perlu mengajar mereka menggunakan kesemua deria untuk meneroka pengalaman baru dalam proses pembelajaran," ujarnya.PERMATA JPMhttp://www.blogger.com/profile/08582059835859870460noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2918753408579328563.post-39758028809569424562010-11-03T00:09:00.000-07:002010-12-02T00:10:03.509-08:00Rosmah cadang RISDA tubuh pusat PermataKUALA LUMPUR 2 Nov. - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mencadangkan supaya RISDA menubuhkan pusat asuhan kanak-kanak berasaskan sukatan Program Asuhan dan Didikan Kanak-kanak (Permata Negara) di setiap kawasan tanah rancangannya di seluruh negara.

Menurut beliau, ia bagi membolehkan anak-anak pekebun kecil di luar bandar mendapat peluang yang sama dengan anak-anak di bandar dan tidak terpinggir daripada mengecapi pendidikan awal secara holistik.

"Saya berpendapat adalah menjadi tanggungjawab para ibu menyediakan asas pendidikan yang sempurna kepada anak-anak sejak mereka dari kecil lagi sebagai saham masa depan mereka, keluarga dan negara.

"Pihak Permata sanggup bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin menyediakan pusat asuhan di tempat kerja mereka mengikut silibus Permata serta turut mendapat peruntukan daripada kerajaan," katanya.

Beliau berucap pada majlis Perasmian Perhimpunan Wanita Pekebun Kecil Kebangsaan di sini hari ini.

Pada majlis itu, Rosmah menerima Anugerah Wira Wanita 1Malaysia daripada RISDA sebagai menghargai sumbangannya dalam pelbagai pertubuhan serta membangunkan masyarakat wanita, orang kurang upaya (OKU) dan Program Anak Permata Negara dan Sidang Kemuncak Wanita Pertama bulan lalu.

Anugerah disampaikan oleh isteri Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik, Puan Sri Zabedah Abdullah yang menyarungkan selempang Wira Wanita Satu Malaysia kepadanya.

Rosmah yang juga Penaung Program Permata Negara berkata, sejak dua tahun lalu, lebih 400 pusat asuhan kanak-kanak milik Jabatan Pembangunan Komuniti, Jabatan Perpaduan Negara serta pusat asuhan kanak-kanak di pejabat yang baru dibina telah dinaik taraf sebagai pusat Permata Negara.

"Apa yang menarik ialah ramai kanak-kanak dari pusat asuhan Permata Negara menyatakan mereka ingin terus menginap di pusat itu kerana dekorasi yang cantik sehingga tidak mahu pulang ke rumah masing-masing," katanya.PERMATA JPMhttp://www.blogger.com/profile/08582059835859870460noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2918753408579328563.post-73406272328244636992010-10-14T00:08:00.000-07:002010-12-02T00:09:01.462-08:00Pilih alat mainan kanak-kanak dengan telitiKUCHING 13 Okt. - Penyediaan alat permainan dan bahan pengajaran di setiap pusat pendidikan awal kanak-kanak di negeri ini perlu mengambil kira aspek keselamatan dan kesesuaian perkakasan itu mengikut peringkat pertumbuhan kanak-kanak.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah berkata, pemilihan peralatan serta bahan sesuai dan cara penggunaan yang berkesan dapat membantu anak-anak melalui pengalaman pembelajaran menyeronokkan sambil bermain.

Menurutnya, usaha membekalkan bahan-bahan permainan dan pendidikan untuk kanak-kanak merupakan langkah yang bersesuaian dengan penekanan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri terutama melibatkan penduduk kawasan luar bandar.

''Kesemua aspek tersebut perlu diberi perhatian serius dalam usaha untuk membantu perkembangan fizikal, minda dan emosi kanak-kanak," katanya di sini hari ini.

Beliau berucap merasmikan pejabat baru Children's World Educational Resouce Centre dan Penyerahan Sijil Malaysia Confirmity di sini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Pengarah Biro Pendidikan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Dr. Badiozaman Tuah.

Fatimah menjelaskan, selain membekalkan peralatan dan bahan-bahan pendidikan untuk dijual, pusat sumber juga perlu menyediakan latihan untuk menggunakan bahan-bahan permainan dan pendidikan kepada kanak-kanak.

''Ini penting supaya pembeli atau guru dapat mengendalikan bahan-bahan yang dibeli dengan betul bagi meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah," ujarnya.

Sementara itu, Fatimah berkata, pendaftaran perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak penting bagi membolehkan perkhidmatan yang mengutamakan keselamatan dan kualiti dapat disediakan.PERMATA JPMhttp://www.blogger.com/profile/08582059835859870460noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2918753408579328563.post-82445003507160643822010-10-12T00:07:00.000-07:002010-12-02T00:08:09.619-08:00Pendidikan awal bentuk pemimpin bertanggungjawab - RosmahKUALA LUMPUR 12 Okt. - Datin Seri Rosmah Mansor berkata, pendidikan khususnya pada usia muda merupakan alat paling penting untuk membentuk kanak-kanak menjadi pemimpin dan warga bertanggungjawab ke arah menjadikan dunia ini lebih baik.

Isteri Perdana Menteri berkata, pendidikan akan menyediakan kanak-kanak dengan kemampuan dan sistem nilai untuk menjadi pemimpin yang baik selain berkeupayaan untuk meningkatkan darjat mereka.

Dalam ucap utamanya pada Sidang Kemuncak Wanita Pertama di Palace of the Golden Horses dekat sini hari ini, Rosmah berkata, kanak-kanak perlu dididik bukan saja untuk mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi dan teknologi tetapi juga untuk memupuk dan membentuk masyarakat harmoni yang mengambil kira kepentingan rakyat. - BernamaPERMATA JPMhttp://www.blogger.com/profile/08582059835859870460noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2918753408579328563.post-24726085641775215752010-10-10T00:03:00.000-07:002010-12-02T00:04:36.081-08:00Demi generasi akan datang
MENUNGGU wawancara berlangsung, DATIN SERI ROSMAH MANSOR ramah berkongsi pengalaman tentang seni tata hias rumah. Ternyata beliau begitu teliti memilih perabot dan bijak menyesuaipadan susun atur rumah dengan langsir serta permaidani. Tampil anggun dengan sentuhan mekap serba sederhana, isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu bagaimanapun serius apabila soalan pertama berhubung idea penganjuran Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama yang akan berlangsung di Kuala Lumpur esok diajukan. Sebagai penaung kepada sidang kemuncak itu, komitmen serta kesungguhan Rosmah terserlah. Beliau mahu segala-galanya sempurna. Beliau juga ingin Malaysia dipandang hebat oleh kumpulan Wanita Pertama yang akan mengambil bahagian dalam sidang kemuncak itu.

Kepada wartawan Mingguan Malaysia, NORAINI ABD. RAZAK, ROHANI IBRAHIM dan jurugambar NORBAINI MASRI, beliau menyatakan keazaman mahu menyerahkan deklarasi sidang kemuncak itu kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Tabung Kebajikan PBB untuk Kanak-Kanak (Unicef).

Rosmah turut berkongsi pengalaman mendidik anak-anak serta cabaran yang dihadapi dalam menangani persepsi buruk serta fitnah yang dilemparkan terhadapnya. Anak tunggal kelahiran Negeri Sembilan itu menutup perbualan sambil tersenyum berkata: ‘‘Saya boleh lihat keikhlasan dan tidak ikhlas dalam wajah seseorang. Saya tahu membaca wajah seseorang.’’
MINGGUAN: Sidang Kemuncak Wanita Pertama membawa tema Anak Hari Ini, Pemimpin Hari Esok. Bagaimana Datin Seri melihat cabaran sebenar untuk menyediakan anak hari ini sebagai pemimpin akan datang?

ROSMAH MANSOR: Cabaran memanglah besar berbanding zaman saya kecil dulu tidak banyak sangat masalah. Sekarang banyak masalah dalam suratkhabar dan televisyen. Anak-anak kita terdedah kepada pelbagai sumber untuk dapatkan maklumat, ada yang baik dan tidak baik. Yang tidak baik inilah yang kita khuatir akan mempengaruhi pemikiran dan kelakuan kanak-kanak pada masa ini. Diburukkan lagi dengan laman chatting dan Facebook. Ibu bapa hari ini terlalu sibuk. Sebagai wanita kita juga ingin menjadi profesional yang berjaya. Kadang-kadang bila kita terlampau fokus kepada kerjaya kita terlupa kepada tanggungjawab di rumah untuk menjaga anak dan suami. Untuk mengimbangi peranan bukannya senang. Orang lelaki senang, dia pandai cakap saja. Kalau anak sakit, kitalah; anak tidak cukup makan kitalah; kalau anak bangun tengah malam hendak susu, kitalah. Jika ada Hari Ibu Bapa di sekolah pun biasanya ibu yang hadir. Itu merupakan cabaran kepada ibu dan anak itu sendiri. Kalau kita tidak tumpukan perhatian sepenuhnya bila anak jadi jahat jangan tuduh sekolah saja. Seharusnya kita yang memberi disiplin kepada anak-anak. Apa yang anak-anak dapat di sekolah adalah bonus atau ekstra.

Pelajaran rasmi di sekolah tapi pelajaran tidak rasmi di rumah dan ia adalah tanggungjawab ibu dan bapa. Jangan menuding jari pada orang lain. Kadang-kadang kita cepat tuduh orang tetapi kita tidak pernah menyalahkan diri sendiri. Orang di luar tidak bertanggungjawab membesarkan anak kita. Kita yang bertanggungjawab.

Satu deklarasi bersama akan dikeluarkan pada hari akhir persidangan. Apa antara tumpuan deklarasi tersebut?

ROSMAH MANSOR: Deklarasi bersama itu akan menggariskan apa yang diperlukan oleh kanak-kanak dan bagaimana golongan itu diperkasakan supaya mereka membesar sebagai kanak-kanak yang gembira, kreatif, inovatif mempunyai empati, simpati dan sentiasa mahu menyumbang kepada negara. Di Pakistan kanak-kanak menderita kerana hujan yang berlebihan. Kita perlu lakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini dan apabila kanak-kanak kita membesar dan menjadi pemimpin mereka akan sedar cabaran yang bakal dihadapi. Kita juga perlu gariskan penyelesaian kepada kanak-kanak hari ini mengenai cabaran yang bakal dihadapi pada masa depan. Jika boleh kita tidak mahu generasi akan datang mewarisi masalah kita hari ini terutamanya masalah sosial seperti peningkatan penyalahgunaan dadah, HIV, keganasan rumahtangga, kehamilan remaja, buang bayi dan pertelagahan pemimpin yang tidak pernah berakhir demi wang dan kuasa. Kita tidak mahu generasi akan datang menyumpah kita seperti mana sesetengah daripada kita yang menyalahkan generasi terdahulu.

Datin Seri kecewa negara maju tidak turut serta seperti Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS) Michelle Obama?

ROSMAH MANSOR: Ya, saya menghantar jemputan kepada semua orang, bagaimanapun saya kecewa. Saya pasti mereka ada urusan dan komitmen lain yang menghalang mereka dari menghadiri persidangan ini. Saya juga fikir sesetengah daripada mereka tidak pasti dan tidak tahu banyak mengenai Malaysia. Tidak banyak orang yang tahu banyak mengenai Malaysia. Mereka tahu Singapura, Thailand namun mereka tahu sedikit mengenai Malaysia. Mereka juga bimbangkan keselamatan dan kehidupan di Malaysia. Mungkin ada yang menyangka kita tidak bertamadun dan tinggal di atas pokok.

Saya juga kenal mereka yang pernah melawat Malaysia dan mereka mencintai negara kita dan penduduknya. Kita peramah, mesra dan mudah menegur orang lain. Kita tidak curiga dengan orang asing.

Berapa negara yang akan menyertai persidangan ini?

ROSMAH MANSOR: Sehingga kini kita ada 20 Wanita Pertama yang mengesahkan kehadiran. Chile terpaksa menarik diri kerana gempa bumi. Kita juga ada wakil peribadi Wanita Pertama dan lima menteri yang mewakili Wanita Pertama. Enam menteri datang melalui jemputan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Semua sekali lebih 30 negara menyertai persidangan ini.

Datin Seri menyifatkan persidangan ini sebagai persidangan terbesar?

ROSMAH MANSOR: Tidak ada siapa yang terlibat dengan persidangan ini yang mengeluh kerana penat dan beban tugas. Malah ada yang mengharapkan lebih ramai wanita pertama hadir pada persidangan ini. Saya fikir kita sudah biasa menganjurkan persidangan yang besar sebegini sebelum ini jadi sekretariat melihat penganjuran ini sebagai satu pengalaman menarik. Mereka tidak menganggap penganjuran ini sebagai satu beban. Dan kami semua berharap persidangan ini akan berjaya.

Apa akan Malaysia perolehi dari penganjuran ini?

ROSMAH MANSOR: Apa yang penting adalah Malaysia yang membangkitkan idea penganjuran persidangan ini kerana kami merasakan ia adalah penting demi generasi akan datang. Apa yang generasi akan datang perlu ada dan cabaran yang bakal dihadapi. Malaysia akan berpeluang mendengar pengalaman Wanita Pertama negara lain. Malaysia juga berharap jika negara lain melihat Malaysia lebih ke hadapan berbanding negara lain dalam pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak, bagaimana menjadikan pembelajaran lebih ceria dan bagaimana mengatasi penyakit.

Saya harap Malaysia boleh membantu negara lain dalam pelbagai cara jika mereka perlukan bantuan. Kita juga boleh memberikan bantuan jika mereka perlukan. Bagi saya, melalui persidangan ini Malaysia melakukan sesuatu yang bermanfaat kepada kanak-kanak di Malaysia dan di seluruh dunia. Terutamanya kanak-kanak di negara yang mengambil bahagian dalam persidangan ini.

Kepada siapa deklarasi itu akan dihantar?

ROSMAH MANSOR: Secara peribadi saya ingin menghantar deklarasi persidangan ini kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Tabung Kebajikan PBB untuk Kanak-Kanak (Unicef). Masalah tersebut benar-benar berlaku dan sesuatu perlu dilakukan untuk mengatasinya.

Saya tahu PBB begitu khuatir dengan masalah pemerdagangan manusia, penderaan kanak-kanak dan buruh kanak-kanak. Saya harap kita dapat menyampaikan masalah ini kepada PBB dan ia dapat diatasi satu demi satu.

Mungkinkah sidang kemuncak ini akan menjadi acara tahunan?

ROSMAH MANSOR: Itu adalah harapan saya tetapi saya juga ingin persidangan ini dianjurkan secara bergilir. Maknanya tidak semestinya Malaysia menjadi tuan rumah pada setiap tahun. Malaysia mulakan dan saya juga akan meminta negara lain untuk menjadi tuan rumah persidangan seumpama ini pada masa akan datang.

Mungkinkah dalam deklarasi ada jawatankuasa khas memantau deklarasi itu dilaksanakan dan bukan sekadar deklarasi semata-mata?

ROSMAH MANSOR: Saya harap kita akan mengadakan jawatankuasa untuk memantau deklarasi berkenaan. Tapi apa yang mustahak ialah untuk menggesa PBB berbincang dan mencari penyelesaian atau kekurangan yang menyebabkan masalah.

Saya juga tahu bahawa PBB menerima pelbagai deklarasi. Cherie Blair memberitahu saya bahawa dia juga berbincang dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon mengenai pembelajaran untuk wanita muda terutamanya mereka yang datang dari latar belakang serba kekurangan. Yang pandai tapi tidak boleh pergi ke universiti dan melanjutkan pelajaran mereka.

Apa isu yang akan dibangkitkan Malaysia?

ROSMAH MANSOR: Negara kita masalah tidak seteruk negara-negara lain. Ya, kita ada masalah tapi ia tidak seteruk negara lain. Kita akan bangkitkan isu keganasan rumahtangga, buang bayi, dadah dan HIV /AIDS. Masalah lain bukan datang dari rakyat kita tapi dari orang-orang yang datang ke sini seperti peningkatan jumlah pelacur. Ya itu masalah kita tapi bukan dilakukan oleh warga tempatan. Ini adalah orang luar yang membawa masalah tersebut ke sini.

Masyarakat sering kaitkan Wanita Pertama sebagai pengiring suami dan seorang yang mementingkan personaliti. Adakah sidang kemuncak ini membantu menggerakkan masyarakat?

ROSMAH MANSOR: Ini lagi satu persepsi yang salah. Bukan semua Wanita Pertama jaga personaliti. Wanita Pertama yang saya jumpa semuanya ada program sendiri di negara masing-masing. Sebagai Wanita Pertama mereka seharusnya jaga personaliti tapi bagaimanapun mereka sanggup turun ke bawah bincang dengan saya mengenai masalah kanak-kanak, sekolah, remaja politik. Ada Wanita Pertama yang hendak sangat datang ke Malaysia, saya tidak boleh cakap dari negara manalah. Saya sering berjumpa dengannya. Saya sering berusaha untuk mengenali dengan Wanita Pertama yang saya jumpa. Wanita Pertama ini tidak dapat hadir kerana suaminya akan menghadapi pilihan raya dan perlu turun ke bawah berkempen.

Bila saya bercerita dengan Wanita Pertama rupanya mereka menghadapi masalah seperti negara kita seperti serangan pihak pembangkang dan sebagainya. Kami berbincang dan cuba memahami suami masing-masing memilih jalan politik jadi kena beri sokongan kepada suami dan di antara satu sama lain.

Kita tidak boleh anggap seorang Wanita Pertama sombong, tidak ada perasaan dan pentingkan personaliti sendiri saja. Kalau kita berkenalan dan bercakap dengan mereka, mereka sangat mesra dan peramah. Saya tidak pernah kekok mengiringi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Wanita Pertama senang didekati. Jika kita sombong mereka juga pasti akan sombong. Selalunya saya akan menegur dan berkata, “Helo saya dari Malaysia.” Dengan itu apabila berjumpa lagi kita mudah mesra biarpun tidak pernah berhubung. Wanita Pertama Jamaica, Lorna Golding walaupun ibunya baru meninggal, kerana kemesraan kami berdua dia sanggup datang ke Malaysia. Saya rasa itu adalah satu penghormatan kepada negara kita.

Michelle Obama dikatakan wanita paling berpengaruh di dunia. Jika masyarakat menyifatkan Datin Seri sebagai wanita paling berpengaruh di Malaysia, apa yang Datin Seri boleh katakan.

ROSMAH MANSOR: (Ketawa) Itu adalah sesuatu yang saya tidak sedar. Saya tidak fikir saya paling berpengaruh mungkin saya seorang yang kuat bekerja atau prihatin dengan masalah yang dihadapi masyarakat. Apa yang saya ingin lakukan perlu mendapat keizinan suami. Jadi saya tidak fikir saya berpengaruh. Jika suami katakan ya, bolehlah saya teruskan jika dia kata tidak saya tidak dapat teruskan. Jika saya rasa saya perlu lakukan dan ia satu perkara yang baik saya perlu memujuk suami. Jika dia masih tidak yakin dengan saya, saya terpaksa meminta bantuan para profesor. Itulah yang berlaku dalam program Permata. Saya bercakap mengenai pendidikan awal selama tiga bulan kepada suami. Setelah tiga bulan suami bertanya, “Kenapa bila bangun tidur, makan malam dan mandi saya hanya mendengar mengenai pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak?”

Bila suami masih lagi tidak yakin saya minta para profesor untuk memberikan taklimat kepada suami yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri. Jadi mereka berikan taklimat mengenai cadangan penubuhan Permata Negara dan suami saya bersetuju apa yang dibentangkan. Saya bertanya kepada suami kenapa selama tiga bulan saya bercakap beliau tidak pernah yakin, dan suami menjawab sebab saya adalah isterinya.

Sekarang saya tahu jika saya ingin lakukan sesuatu saya perlu meminta bantuan mereka yang mahir seperti golongan profesor. Jika saya yang beritahu suami tidak akan yakin. Mereka mahukan Hospital Pakar Kanak- Kanak dan saya beritahu suami beliau hanya berdiam diri. Maka saya beritahu Prof. Tan Sri Sharifah Hapsah jika mahukan sebuah hospital menjadi Pusat Penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berilah taklimat kepada suami. Jadi mereka berikan taklimat.

Selepas taklimat mereka berjaya mendapatkan Hospital Pakar Kanak-Kanak. Itu bukan untuk saya, untuk kanak-kanak. Saya tidak mendapat apa-apa darinya. Saya akan mencuba sedaya-upaya dan sebaik mungkin untuk kanak-kanak dan masyarakat Malaysia. Saya tidak kisah apa yang orang cakap. Bila orang cakap, kita perlu tahu bagaimana untuk menepisnya. Kalau kita tidak salah tidak perlu takut apa-apa.

Persidangan tinggal beberapa hari lagi. Apa perasaan Datin Seri?

ROSMAH MANSOR: Saya boleh mengawal emosi dan gementar walaupun jauh dalam hati saya ingin melihat persidangan berkenaan berjaya. Saya mahu Wanita Pertama yang lain memandang Malaysia sebagai negara sahabat yang sedang membangun dan boleh membantu.

Semua persiapan berjalan lancar?

ROSMAH MANSOR: Persiapan bermula dengan perbincangan lapan bulan yang lalu. Saya agak cerewet dan saya meninjau kerja-kerja di saat-saat akhir. Saya suka terlibat sejak dari awal lagi, jadi saya pengerusikan mesyuarat yang pertama. Selepas itu sekretariat diwujudkan dan mereka lakukan susulan dari apa yang mesyuarat yang awal wujudkan.

Michelle minta maaf tidak dapat hadir. Dia ucapkan semoga persidangan berjaya. Dia mempunyai dua anak perempuan yang masih kecil. Dia juga jarang menemani suaminya sendiri.

Apa yang Datin Seri akan bangkitkan dalam ucaptama?

ROSMAH MANSOR: Saya akan gariskan masalah yang dihadapi pada masa ini. Apa yang saya rasakan sebagai seorang ibu dan isteri Perdana Menteri. Sebagai seorang pemegang Ijazah Sarjana, saya ada pandangan tersendiri. Saya akan nyatakan harapan saya mengenai seorang pemimpin yang baik dan bagaimana saya mahukan generasi akan datang nanti.PERMATA JPMhttp://www.blogger.com/profile/08582059835859870460noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2918753408579328563.post-25031179408279239882010-09-21T23:56:00.000-07:002010-12-02T00:06:57.281-08:00KUALA LUMPUR 21 Sept. – Kira-kira 30 isteri Perdana Menteri dari seluruh dunia dijangka menyertai Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama di Kuala Lumpur dari 11 hingga 13 Oktober ini.

Penaung program tersebut, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, setakat ini 22 wanita pertama dan dua wakil wanita pertama mengesahkan akan hadir ke persidangan itu.

“Antara yang mengesahkan kehadiran itu termasuk isteri Perdana Menteri Afghanistan, Dr. Zeenat Quraishi Karzai, Albania (Teuta Topi), Chile (Cecilia Morel Montes), Congo (Marie Olive Kabila), Iran (Azam Al-Sadat Farahi) dan Sri Lanka (Shiranthi Rajapaksa),” katanya pada sidang akhbar di kediamannya di Jalan Langgak Duta di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Rosmah berkata, sidang kemuncak anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu bertemakan ‘Anak Hari ini, Pemimpin Hari Esok’.

Beliau berkata, tema itu selaras tujuan persidangan tersebut iaitu bagi mengetengahkan agenda penting dalam memperkasa kanak-kanak sebagai bakal pemimpin pada masa depan.

Katanya, sidang kemuncak itu juga akan menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran global kepada setiap negara bagi melabur dalam pembangunan, kebajikan, pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak.

“Di sini letaknya keupayaan wanita pertama untuk menggerakkan masyarakat setempat dalam melaksanakan program yang membolehkan kanak-kanak mendapat faedah daripada perancangan kerajaan,” katanya.

Rosmah berkata, sidang kemuncak itu nanti akan membentuk satu deklarasi untuk menyeru semua negara supaya melabur dan menyediakan prasarana asas bagi pendidikan awal kanak-kanak.

Tambahnya, langkah itu akan berupaya melahirkan pemimpin masa depan yang berkebolehan bagi meneruskan hidup dalam mengharungi cabaran dunia yang serba kompetitif.

Rosmah berkata, beliau juga akan menyampaikan ucaptama pada hari pertama persidangan iaitu 11 Oktober sebelum upacara perasmian dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, selain menyertai forum, para peserta juga akan menghadiri majlis minum petang bersama Raja Permaisuri Agong pada 12 Oktober dan melawat projek Permata di Putrajaya pada 13 Oktober.PERMATA JPMhttp://www.blogger.com/profile/08582059835859870460noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2918753408579328563.post-85028869522808308632010-09-19T23:55:00.000-07:002010-12-02T00:05:33.410-08:00Pilih taska yang berdaftar untuk keselamatan anak

Sebahagian peserta menunjukkan sijil pada tamat Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak di Dewan Murni, Paroi, Rembau, baru-baru ini.

REMBAU 19 Sept. - Ibu bapa seharusnya bersikap lebih peka dalam soal memilih pusat asuhan kanak-kanak demi menjamin keselamatan anak masing-masing ketika mereka keluar bekerja.

Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Negeri Sembilan (PPBNS), Rozita Kamil berkata, ibu bapa seharusnya memilih taska atau pusat jagaan yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan asuhan dan pendidikan awal yang diberikan itu lebih berkualiti selain terjamin selamat.

"Ini kerana kebanyakan ibu bapa biasanya memilih sesebuah taska itu atas faktor bayaran yurannya yang murah serta lokasi berhampiran dengan rumah tanpa mengambil kira sama ada taska itu berdaftar dengan JKM atau tidak," katanya.

Rozita berkata demikian selepas menghadiri Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak yang dianjurkan PPBNS dengan kerjasama JKM negeri di Dewan Murni, Paroi di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, tugas pengasuh bukan sahaja memberi makan dan minum, malah perlu memberi asuhan, kasih sayang dan perhatian daripada semua aspek termasuk keselamatan dan kesihatan supaya anak-anak mendapat membesar serta mengalami perkembangan secara menyeluruh.

"Setiap pengusaha taska dan pengasuh perlu mengikuti kursus yang dianjurkan JKM sebelum memohon untuk didaftarkan. Bukan itu saja, mereka perlu mengikuti kursus dan menjalani ujian sebelum diberi hak menjadi pengasuh atau membuka taska," ujarnya.

Pada program tersebut, seramai 31 wanita mengikuti kursus bagi membolehkan mereka mendapat sijil kelayakan sekali gus berdaftar dengan JKM untuk menjadi pengusaha dan pengasuh taska.

Jelasnya, dalam program berkenaan peserta didedahkan dengan kaedah asuhan dan aktiviti yang bersesuaian dalam memberikan pendidikan awal kanak-kanak selain perlu menjalani ujian amali di taska terpilih sebelum mengikuti ujian bertulis.

Seorang peserta, Yee Siew Ken (gambar), 32, memberitahu, kursus tersebut banyak memberikan input yang lengkap berhubung soal mengendalikan kanak-kanak secara komprehensif.

"Saya mendapat pendedahan yang baik terhadap tugas sebagai seorang pengasuh atau pengusaha taska serta apa yang perlu dilakukan sepanjang tempoh mengasuh kanak-kanak," ujarnya.

Katanya, walaupun kursus tersebut memakan masa sehingga tempoh tiga minggu, namun dia tidak mempunyai masalah untuk menyertainya kerana ia amat membantu dirinya mempertingkatkan kemahiran untuk menjadi pengasuh yang berkualiti.

"Selepas mengikuti kursus selama tiga minggu, kami juga turut diberikan ujian bertulis dan amali. Jika lulus kesemuanya barulah layak mendapat sijil pengiktirafan.

"Kini barulah saya tahu bahawa proses penjagaan kanak-kanak di usia awal sangat penting untuk perkembangan pembesaran mereka. Sebagai pengasuh, kita tidak boleh memandang ringan perkara ini malah mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menjaga mereka," ujarnya.PERMATA JPMhttp://www.blogger.com/profile/08582059835859870460noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2918753408579328563.post-40545218995024243982010-07-26T00:10:00.001-07:002010-07-26T00:10:39.124-07:00Guidelines for Permata’s syllabusIPOH: The Permata Pintar Negara early education and day-care programme has come out with guidelines to help private day-care operators share its syllabus.

The guidelines include those relating to facilities, standard operating procedures and activities for the children, said executive committee chairman Datin Seri Rosmah Mansor.

She said Permata had received enquiries from several private day-care centres wanting to adopt its programme.

“When they adopt our programmes, they have to train their people.

“That is a must, if not, they will not understand what Permata is all about,” she told reporters after opening the Permata day-care centre in Bercham here yesterday.

Ten more centres, costing a total of RM3.6mil, would be set up in Perak during the 10th Malaysia Plan period, she said.

Rosmah said the programme had not got off in certain states as there was no cooperation from the state governments concerned. She declined to name the states.PERMATA JPMhttp://www.blogger.com/profile/08582059835859870460noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2918753408579328563.post-32769177449924332842010-07-26T00:06:00.001-07:002010-07-26T00:06:44.546-07:00Permata drawing up standard operating procedures: RosmahPERAK will be getting 10 Permata Negara day-care centres by the end of this year.

National Permata (early childhood education and day-care programme) executive committee chairman Datin Seri Rosmah Mansor said the Government had allocated about RM3.6mil to build the 10 centres to provide education for underprivileged children.

“We had wanted to set up at least one centre in every constituency but due to budget limitations, we have to prioritise according to needs,” she said after launching the Permata Negara day-care centre in Bercham, Ipoh, on Saturday.

Rosmah (fourth from right) watching Permata day-care centre children playing after opening the Bercham centre.

The 10 day-care centres are to be set up in Hulu Perak, Larut Matang and Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Ba-tang Padang, Kampar, Manjung, Hilir Perak and Kerian.

On the launch, Rosmah said the Permata day-care centre in Bercham was built two years ago at a cost of RM380,000.

“It is the first Permata day-care centre to be located in a Chinese new village. This centre has seven teachers and 38 children under its care.

“Among the 25 Permata day-care centres in the country, the one in Bercham has the most beautiful landscape.

“It welcomes any child who wants to have a quality education,” she added.

Earlier during the launch, children of the day-care centre sang the national anthem and read out the Rukun Negara.

The children, aged five and below, also performed a 1Malaysia dance to the tune of the Visit Malaysia theme.

Also present during the launch were Perak Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir and his wife Datin Seri Saripah Zulkifli, Deputy Women, Family and Community Development Minis-ter Senator Heng Seai Kie and state secretary Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim.PERMATA JPMhttp://www.blogger.com/profile/08582059835859870460noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2918753408579328563.post-57095747997074031202010-07-24T20:18:00.000-07:002010-07-24T20:18:57.950-07:00Program Permata dokumenkan garis panduanIPOH 24 Julai - Program Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak (Permata) telah mengambil inisiatif untuk mendokumenkan beberapa garis panduan kurikulumnya bagi meningkatkan standard dan kualiti asuhan serta didikan kanak-kanak.

Isteri Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar Permata Negara, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, garis panduan tersebut penting bagi memastikan terdapat keseragaman terhadap pelaksanaan aktiviti serta kualiti pada peralatan pembelajaran luar atau dalam yang disediakan.

"Permata telah mengambil langkah untuk mendokumenkan beberapa garis panduan bagi membantu rakan-rakan pelaksana yang berminat mengguna pakai kurikulum Permata.

"Antaranya adalah garis panduan peralatan luar, prosedur operasi standard, panduan pelaksanaan aktiviti anak Permata dan beberapa dokumen lagi," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Anak Permata Negara (PAPN) di sini hari ini.

Bagi memastikan teknik pembelajaran dapat disampaikan dengan lebih berkesan katanya, Permata juga telah menyediakan peluang kepada pendidik mengikuti Kursus Asas Permata selama enam minggu.

"Pelaksanaan taska Permata ini dianggap sebagai usaha agresif kerajaan dalam melahirkan modal insan terbaik yang bermula dari pendidikan awal.

"Justeru Permata sentiasa memastikan kurikulumnya dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan jati diri yang diingini bagi memupuk perpaduan berorientasikan suasana Malaysia," katanya.

Sementara itu berucap merasmikan Sambutan Hari Semai Bakti anjuran Badan Amal dan Usaha Isteri-Isteri Wakil Rakyat (Baiduri) Barisan Nasional (BN) Perak, Rosmah menyeru sektor korporat dan swasta mengikut langkah kerajaan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) yang berkelayakan dan berkebolehan tanpa mengambil kira kekurangan fizikal mereka.PERMATA JPMhttp://www.blogger.com/profile/08582059835859870460noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2918753408579328563.post-90267800408141086532010-07-24T00:09:00.000-07:002010-07-26T00:09:38.461-07:00Kurikulum Seragam Untuk Tingkat Kualiti Program Permata, Kata Rosmah

Rosmah (Belakang, tiga kanan), tertarik dengan kemahiran kanak-kanak mencampurkan bahan warna. FotoBERNAMA: Tajul Safuan Abu HassanIPOH, 24 Julai (Bernama) -- Program Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak (Permata) telah mendokumenkan garis panduan untuk kurikulum Permata bagi menyeragamkan aktiviti dan kualiti pembelajaran yang disediakan kepada kanak-kanak di bawah program itu.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Program Permata Datin Seri Rosmah Mansor garis panduan itu ialah Garis Panduan Peralatan Luar, Panduan Pelaksanaan Aktiviti Anak Permata dan beberapa dokumen lain yang akan menjadi prosedur operasi standard (SOP) Permata.

"Inisiatif ini diambil bagi tujuan meningkatkan standard dan kualiti asuhan dan didikan, kami telah mengambil inisiatif mendokumenkan beberapa garis panduan bagi membantu rakan-rakan pelaksana yang berminat untuk mengguna pakai kurikulum Permata.

"Walaubagaimanapun, oleh kerana program ini adalah program baru, terdapat juga beberapa interpretasi yang diberikan kepada garis panduan yang telah disediakan," katanya ketika berucap merasmikan Permata Bercham di sini pada Sabtu.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Penyelaras Pusat Anak Permata Perak Senator Heng Seai Kie, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, isteri Menteri Besar Datin Seri Saripah Zulkifli dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.

Rosmah berkata selain memberikan penekanan kepada pendidikan berkualiti, garis panduan itu juga menitikberatkan strategi yang sesuai dan berkesan untuk memupuk perpaduan.

Katanya, bagi memastikan kurikulum yang diguna pakai bukan sahaja boleh memberikan asuhan dan didikan yang baik, kurikulum Permata telah ditambah nilai dengan memasukkan elemen kepelbagaian budaya dan pemikiran kreatif.

Selain itu katanya, bagi memastikan teknik pembelajaran mengikut kurikulum Permata dapat disampaikan dengan lebih berkesan, Permata juga telah menyediakan peluang kepada pendidik untuk mengikuti Kursus Asas Permata selama enam minggu.

Pelaksanaan Taska Permata ini dianggap sebagai usaha agresif kerajaan dalam melahirkan modal insan terbaik yang bermula dari pendidikan awal," katanya.

Justeru itu, katanya, Permata sentiasa memastikan kurikulumnya dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan jati diri yang diingini bagi memupuk perpaduan berorientasikan suasana Malaysia.

Rosmah berkata kerajaan pusat telah memperuntukkan sebanyak RM3.64 juta kepada semua kerajaan negeri untuk memperluaskan pelaksanaan program Permata tahun ini.

Katanya dengan peruntukan tersebut, bilangan Taska Permata di seluruh negara dijangka meningkat kepada 647 buah dalam tempoh dua tahun sejak penubuhannya pada 2008.

"Tahun lalu sahaja, program Permata telah menunjukkan perkembangan pesat dengan penubuhan 427 Taska Permata di seluruh negara dengan penyertaan 17,000 kanak-kanak berusia antara satu hingga 4 tahun.

"Dengan sambutan yang menggalakkan ini, Permata mampu diperluaskan lagi bagi memberi peluang kepada kanak-kanak dalam usia tersebut menerima pendidikan awal menerusi Taska Permata," tambahnya.

-- BERNAMA
PERMATA JPMhttp://www.blogger.com/profile/08582059835859870460noreply@blogger.com